Privacy

Privacy Policy

We value your privacy and are committed to protecting personal data in accordance with applicable laws.

Legal Document
Privacy Policy

Dasar Privasi & Perlindungan Data

Dasar Privasi ini menerangkan bagaimana ByBanana mengumpul, menggunakan, menyimpan, dan melindungi data peribadi pengguna semasa menggunakan layanan kami.

1. Pendahuluan & Informasi Umum

  1. Dasar Privasi ini disediakan selaras dengan undang-undang perlindungan data yang berkuat kuasa di Malaysia termasuk "Personal Data Protection Act 2010 (PDPA)".
  2. ByBanana memastikan bahawa setiap data yang dikumpulkan hanya digunakan bagi tujuan operasi layanan, keselamatan transaksi, penambahbaikan sistem, dan pengalaman pengguna.
  3. Dengan menggunakan layanan ByBanana, pengguna dianggap telah membaca, memahami, dan bersetuju dengan Dasar Privasi ini.

2. Informasi Yang Kami Kumpulkan

2.1 Informasi Identiti Peribadi

Kami boleh mengumpulkan maklumat seperti:

  • Alamat Email
  • Nombor Telefon / WhatsApp
  • ID Game / User ID
  • Username akaun ByBanana

2.2 Data Log & Penggunaan

Kami juga boleh mengumpulkan data seperti:

  • Alamat IP
  • Jenis browser/peranti
  • Halaman yang dikunjungi
  • Waktu dan tarikh akses
  • Aktiviti penggunaan sistem

2.3 Data Transaksi

Maklumat transaksi yang dikumpulkan termasuk:

  • Produk yang dibeli
  • Kaedah pembayaran
  • Status transaksi
  • Rekod topup dan wallet
"Segala data transaksi digunakan bagi tujuan pengesahan pembayaran, keselamatan sistem, dan pencegahan penipuan."

3. Cookies & Kebijakan Periklanan Pihak Ketiga

3.1 ByBanana menggunakan cookies untuk:

  • Mempercepatkan proses login
  • Menyimpan tetapan pengguna
  • Meningkatkan pengalaman penggunaan website

3.2 Vendor pihak ketiga seperti Google mungkin menggunakan cookies untuk memaparkan iklan berdasarkan lawatan pengguna ke website kami atau website lain.

3.3 "Google dan partner pengiklanan lain boleh menggunakan cookies bagi memaparkan iklan yang lebih relevan kepada pengguna."

3.4 Pengguna boleh memilih untuk menolak atau mematikan personalized ads melalui tetapan Google Ads atau browser masing-masing.

3.5 Pengguna juga boleh memadam atau menyekat cookies melalui tetapan browser yang digunakan.

4. Penggunaan & Perkongsian Data

4.1 Penyediaan Layanan

Data digunakan untuk:

  • Memproses pesanan topup
  • Menghantar notifikasi transaksi
  • Menyediakan bantuan pelanggan

4.2 Keselamatan Sistem

Data boleh digunakan untuk:

  • Mengesan aktiviti mencurigakan
  • Pencegahan penipuan
  • Perlindungan akaun pengguna

4.3 Pihak Ketiga

Data pengguna hanya dikongsikan kepada:

  • Penyedia pembayaran
  • Partner sistem
  • Penyedia layanan berkaitan
"ByBanana tidak menjual, menyewakan, atau memperdagangkan data peribadi pengguna kepada pihak ketiga."

4.4 Kewajiban Undang-Undang

ByBanana boleh mendedahkan data pengguna sekiranya diminta secara sah oleh pihak berkuasa Malaysia.

5. Keselamatan & Penyimpanan Data

  1. ByBanana menggunakan sistem keselamatan seperti SSL (Secure Socket Layer) untuk melindungi data pengguna semasa penghantaran data.
  2. Data transaksi dan rekod tertentu boleh disimpan untuk tempoh minimum yang diperlukan bagi tujuan operasi, audit, keselamatan, dan pematuhan undang-undang.
  3. "Walaupun kami berusaha melindungi data pengguna sebaik mungkin, tiada sistem penghantaran data melalui Internet yang dijamin 100% selamat."
  4. Pengguna bertanggungjawab menjaga kerahsiaan maklumat akaun dan password masing-masing.

6. Hak Pengguna Terhadap Data

6.1 Pengguna mempunyai hak untuk:

  • Mengakses data peribadi mereka
  • Meminta salinan data yang disimpan
  • Meminta pembetulan data yang tidak tepat

6.2 Pengguna juga boleh:

  • Meminta pemadaman data tertentu tertakluk kepada keperluan sistem dan undang-undang
  • Menarik balik persetujuan pemprosesan data pada masa hadapan

6.3 Sebarang permintaan berkaitan data boleh dilakukan melalui saluran rasmi support ByBanana.

7. Perubahan Dasar Privasi

  1. ByBanana berhak mengubah atau mengemaskini Dasar Privasi ini pada bila-bila masa tanpa notis awal.
  2. Sebarang perubahan akan dikemaskini di halaman rasmi website ByBanana.
"Penggunaan berterusan terhadap layanan ByBanana selepas perubahan dilakukan dianggap sebagai persetujuan terhadap Dasar Privasi yang dikemaskini."

8. Hubungi Kami

Sekiranya terdapat pertanyaan berkaitan Dasar Privasi atau data pengguna, sila hubungi kami melalui saluran rasmi ByBanana:

Customer Service

Success