Dokumen Undang-undang

Terma & Syarat

Sila baca dan fahami semua peraturan penggunaan perkhidmatan kami sebelum membuat transaksi di platform kami.

Dokumen Undang-undang
Terma & Syarat Penggunaan

Syarat & Ketentuan Penggunaan

01. Ketentuan Umum

Dengan mendaftar dan/atau menggunakan layanan ByBanana, Pengguna secara automatik bersetuju dengan semua syarat dan ketentuan yang ditetapkan oleh ByBanana.

Dengan mendaftar akaun ByBanana dan/atau menggunakan sistem ByBanana, Pengguna dianggap telah membaca, memahami, dan bersetuju dengan seluruh isi Syarat & Ketentuan Penggunaan ini.

Syarat penggunaan ini merupakan satu perjanjian yang mengikat antara Pengguna dan ByBanana. Pengguna secara sedar dan sukarela bersetuju dengan semua ketentuan yang dinyatakan.

02. Definisi

Dalam Syarat Penggunaan ini, istilah berikut mempunyai maksud seperti berikut:

Akaun

Data Pengguna yang minimum mengandungi username, password, nombor telefon, dan email.

Syarat Penggunaan

Perjanjian antara Pengguna dan ByBanana yang mengatur hak, kewajiban, serta tatacara penggunaan layanan.

Sistem Pembayaran ByBanana

Sistem pembayaran yang disediakan untuk Pengguna melakukan transaksi di sistem ByBanana.

Data Peribadi

Maklumat berkaitan Pengguna yang boleh dikenal pasti secara langsung atau tidak langsung.

Layanan

Sistem ByBanana, kandungan, fitur, fungsi, dan layanan yang tersedia termasuk layanan pihak ketiga/partner.

Partner

Pihak yang bekerjasama dengan ByBanana seperti penyedia pembayaran, penyedia voucher, dan lain-lain.

Pengguna

Mana-mana pihak berdaftar atau tidak berdaftar yang mengakses sistem ByBanana.

Pembeli

Pengguna yang melakukan pembelian topup atau voucher di sistem ByBanana.

03. Ketentuan Layanan

  1. ByBanana menyediakan sistem dan layanan untuk pembelian topup digital dan voucher permainan.
  2. ByBanana hanya bertindak sebagai platform/perantara penjualan item digital dan tidak mempunyai hubungan rasmi dengan mana-mana penerbit atau pembangun permainan.
  3. ByBanana tidak bertanggungjawab atas kerugian yang berlaku akibat kesalahan pengguna ketika mengisi maklumat pesanan seperti ID permainan, server, nombor telefon, dan sebagainya.
  4. ByBanana tidak menerima pembatalan atau pemulangan dana setelah pesanan berjaya diproses ke dalam sistem kecuali dinyatakan sebaliknya.
"ByBanana berhak mengubah harga produk pada bila-bila masa tanpa notis terlebih dahulu mengikut perubahan harga supplier, kadar pertukaran mata wang, atau kos operasi semasa."
"Waktu proses transaksi adalah anggaran sahaja dan boleh mengalami kelewatan disebabkan gangguan sistem, maintenance, masalah rangkaian, atau isu daripada pihak penyedia layanan/supplier."
"ByBanana tidak menjamin layanan akan sentiasa tersedia tanpa gangguan dan tidak bertanggungjawab atas downtime, maintenance, atau kegagalan sistem pihak ketiga."

Penafian & Pernyataan Pengguna

Kami hanya bertindak sebagai perantara dalam transaksi item digital dan tidak mempunyai afiliasi rasmi dengan mana-mana pembangun permainan atau syarikat berkaitan.

Kami tidak bertanggungjawab terhadap penggunaan item digital yang dibeli termasuk sebarang pelanggaran polisi permainan, penyalahgunaan akaun, atau pelanggaran undang-undang yang dilakukan oleh pengguna.

Segala risiko & perkara berkaitan penggunaan produk adalah tanggungjawab penuh pembeli. Dengan melakukan transaksi, pengguna dianggap telah memahami dan bersetuju dengan semua syarat yang ditetapkan.

04. Sistem Pembayaran

ByBanana bekerjasama dengan penyedia sistem pembayaran yang sah dan berdaftar di Malaysia.

Kaedah pembayaran yang tersedia termasuk tetapi tidak terhad kepada:

  • Online Banking / FPX
  • DuitNow QR
  • E-Wallet
  • Kad Debit / Kredit
  • Google Pay
  • BNPL
  • Wallet ByBanana
  • Kaedah pembayaran lain yang disediakan dari semasa ke semasa

05. Kewajiban & Larangan Pengguna

  1. Pengguna yang berumur di bawah 18 tahun perlu mendapatkan kebenaran daripada ibu bapa atau penjaga.
  2. Pengguna wajib membaca, memahami, dan mematuhi semua syarat penggunaan ini.
  3. Pengguna wajib memastikan maklumat yang diberikan adalah benar dan tepat.
  4. Pengguna bertanggungjawab menjaga kerahsiaan maklumat akaun dan password masing-masing.
  5. Pengguna dilarang menggunakan bot, script automatik, atau sistem lain untuk mengakses atau menyalahgunakan sistem ByBanana.
  6. Pengguna dilarang menggunakan ByBanana untuk aktiviti yang melanggar undang-undang Malaysia atau mana-mana undang-undang antarabangsa yang berkaitan.
  7. Pengguna Dilarang memuat naik kandungan berunsur lucah, fitnah, diskriminasi, ancaman, perjudian haram, atau kandungan yang melanggar undang-undang.
  8. Pengguna dilarang menggunakan logo, identiti, atau kandungan ByBanana tanpa kebenaran rasmi.
"ByBanana berhak membekukan akaun, transaksi, atau wallet pengguna sekiranya terdapat aktiviti mencurigakan, penyalahgunaan promosi, chargeback, atau unsur penipuan."
ByBanana berhak membekukan atau menamatkan akaun pengguna tanpa notis awal sekiranya terdapat pelanggaran syarat atau aktiviti mencurigakan.

06. Ketentuan Transaksi

  1. Pengguna wajib mengikuti prosedur transaksi yang telah ditetapkan oleh sistem ByBanana.
  2. Pengguna bertanggungjawab membaca dan memahami deskripsi produk sebelum membuat pembelian.
  3. Setiap transaksi yang berjaya dibuat dianggap sebagai persetujuan sah antara pengguna dan ByBanana.
  4. Segala transaksi di luar sistem rasmi ByBanana adalah di luar tanggungjawab ByBanana.
  5. Pengguna wajib membuat pembayaran mengikut jumlah yang ditetapkan dalam tempoh masa yang diberikan.
  6. Sebarang bentuk penipuan, penyalahgunaan pembayaran, atau chargeback tanpa sebab yang sah boleh menyebabkan tindakan undang-undang diambil.

07. Refund & Pemulangan Dana

Refund penuh akan diberikan sekiranya pesanan gagal diproses oleh sistem atau pihak pembekal.

Sekiranya kegagalan berpunca daripada kesalahan pengguna seperti kesalahan ID atau server, refund boleh diberikan dalam bentuk kredit/wallet mengikut pertimbangan ByBanana.

"Wallet ByBanana tidak boleh dipindahkan ke akaun bank atau ditukar kepada wang tunai kecuali dinyatakan sebaliknya oleh pihak ByBanana."
  • Permohonan refund hanya boleh dibuat dalam tempoh 3 hari dari tarikh transaksi.
  • Proses refund boleh mengambil masa sehingga 7 hari bekerja bergantung kepada kaedah pembayaran dan pihak bank.

ByBanana berhak menolak atau membekukan refund sekiranya terdapat unsur penipuan atau penyalahgunaan sistem.

08. Data & Informasi Pengguna

  1. Pengguna bersetuju bahawa ByBanana boleh mengumpul, menyimpan, dan memproses data peribadi bagi tujuan operasi, keselamatan, dan penambahbaikan layanan.
  2. ByBanana akan menjaga privasi data pengguna selaras dengan undang-undang perlindungan data yang berkuat kuasa di Malaysia.
  3. ByBanana berhak memberikan data pengguna kepada pihak berkuasa sekiranya diminta secara sah mengikut undang-undang.

09. Ketentuan Promosi

  1. ByBanana boleh mengadakan promosi, bonus, cashback, atau event dengan syarat yang berbeza bagi setiap promosi.
  2. ByBanana berhak mengubah, membatalkan, atau menghentikan mana-mana promosi tanpa notis awal.
  3. Sebarang penyalahgunaan promosi boleh menyebabkan akaun pengguna dibekukan atau dibatalkan.

10. Hukum & Penyelesaian Sengketa

  1. Syarat penggunaan ini tertakluk kepada undang-undang Malaysia.
  2. Sebarang pertikaian akan diselesaikan terlebih dahulu secara rundingan bersama. Sekiranya gagal, pertikaian boleh dirujuk kepada pihak berkuasa atau mahkamah yang mempunyai bidang kuasa di Malaysia.
  3. Pengguna bersetuju untuk membebaskan ByBanana daripada
  4. sebarang tuntutan, kerugian, atau ganti rugi yang timbul akibat kecuaian, kesalahan, atau penyalahgunaan oleh Pengguna sendiri.
Customer Service

Berjaya